Jabatan/Bengkel |
Jabatan Elektrik dan Elektronik / Bengkel Teknologi Elektrik |
Kod dan nama Program: |
B19 - Sijil Teknologi Elektrik |
Latar belakang: |
Program ini diadakan adalah untuk melahirkan pekerja separuh mahir bagi memenuhi keperluan industri dalam bidang sektor pembinaan. Semasa dalam latihan para pelajar perlu menguasai Sistem Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa, Sistem Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa, Litar Kawalan Motor, Basic Automation System dan Mesin Elektrik. Bagi memastikan pelajar memiliki kemahiran minimum, pecahan pembelajaran adalah terbahagi kepada 30% teori dan 70% amali. Pencapaian setiap pelajar akan dinilai secara berterusan dan perlu lulus peperiksaan akhir pada setiap hujung semester. Pada semester kedua terakhir pengajian pelajar wajib menjalani Latihan Industri selama 6 bulan serta perlu menyediakan buku log latihan industri dan kemudian kembali ke institut untuk menyambung pengajian. Selain itu, pelajar-pelajar juga diberi peluang mengikuti kursus first Aider dan kursus Green Card (CIDB). Adalah dimaklumkan program ini telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan menggunakan NOSS EE-320-2:2012 dan EE-320-3:2012. Selain itu, program ini juga telah mendapat pentauliahan daripada pihak Suruhanjaya Tenaga Malaysia serta Electrical Inspectorate Unit, Sarawak. |
Tempoh Latihan: |
24 bulan |
Syarat Am Kemasukan |
|
Persijilan |
** sijil profesional (pilihan) – yuran ditanggung oleh pelajar |
B19 - Sijil Teknologi Elektrik
- Butiran