Jabatan/Bengkel |
Jabatan Mekanikal & Pengeluaran/ Bengkel Teknologi Kimpalan |
Kod dan nama Program: |
A08-Sijil Teknologi Kimpalan |
Latar belakang: |
Program ini disediakan bagi melahirkan pekerja separuh mahir dalam kerja mengimpal di industri dalam bidang minyak dan gas, industri pembuatan dan pembinaan logam, loji pemasangan mesin dan jentera, industri perabot dan kerja-kerja struktur pembinaan. Para pelajar perlu memiliki dan mampu melaksanakan proses kimpal iaitu Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW) dan Flux Cored Arc Welding (FCAW). Bagi memastikan pelajar memiliki kemahiran minimum yang dimaksudkan, institut ini melatih pelajar dengan kaedah pembelajaran berdasarkan 30% teori dan 70% amali. Pencapaian setiap pelajar akan dinilai secara berterusan dan perlu lulus peperiksaan akhir pada setiap hujung semester. Pada semester akhir pelajar wajib menjalani Latihan Industri selama 3 bulan serta menyediakan buku log Latihan Industri. Selain itu, pelajar-pelajar juga diberi peluang mengikuti Kursus Persediaan Peperiksaan bagi sijil kompeten seperti Welder Qualification Test (WQT) 6G SMAW,6G GTAW,3G SMAW,3G FCAW,6GC SMAW-GTAW dan CSWIP 3.0 Visual Welding Inspector serta kursus Green Card (CIDB) jika mereka berminat. Program ini turut mendapatkan Pentaulihan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk menjalankan kursus Sepenuh Masa menggunakan NOSS MC-024-3:2012. |
Tempoh Latihan: |
27 Bulan |
Syarat Am Kemasukan |
|
Persijilan |
** sijil profesional (pilihan) – yuran kursus ditanggung oleh pelajar |
A08-Sijil Teknologi Kimpalan
- Butiran