PIAGAM PELANGGAN INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN MIRI
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia diamanahkan untuk membekalkan tenaga kerja mahir yang terlatih. Dengan itu kami berjanji :-
- Menjelaskan semua tuntutan bil-bil bayaran dalam tempoh tujuk (7) hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.
- Mengesahkan penerimaan aduan dalam tempoh 24 jam dan memberi maklumbalas aduan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
- Membayar elaun saku kepada pelajar yang layak selewat-lewatnya 10hb bulan berikutnya.
- Mengedarkan slip keputusan peperiksaan pelajar pada setiap semester dalam masa dua (2) minggu selepas tarikh akhir mesyuarat jawatankuasa kecil peperiksaan dan persijilan.
- Memastikan setiap pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan dalam tempoh masa 15 minit.