DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN
JTM bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan semua kakitangan dan pelajar-pelajarnya di semua ILJTM bebas daripada apa jua perbuatan atau keadaan yang boleh menyebabkan kemalangan dan risiko kesihatan selaras dengan kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967.
Dasar-dasar Keselamatan dan Kesihatan JTM meliputi pelaksanaan perkara-perkara berikut :
- Menyedia dan menguruskan tempat kerja, latihan dan penginapan yang selamat serta suasana kerja yang sihat.
- Memastikan mesin , peralatan dan bahan-bahan yang digunakan dalam keadaan baik dan selamat.
- Berusaha menghapuskan semua keadaan dan situasi yang dianggap merbahaya.
- Memastikan semua kakitangan dan pelajar diberi latihan yang secukupnya, merangkumi piawaian keselamatan dan peraturan yang diperlukan, sebelum mereka diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan mesin, peralatan tangan atau apa-apa jua tugas yang berkaitan.
- Mewujudkan kaedah dan sistem kerja yang selamat untuk dipatuhi oleh semua kakitangan dan pelajar semasa melaksanakan aktiviti kerja.
- Sentiasa mengutamakan keselamatan dalam semua tugas-tugas yang berkaitan.
- Mematuhi kehendak Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang Dan Jentera 1967.
Mencegah kemalangan dan risiko kesihatan adalah tanggungjawab semua kakitangan dan pelajar. Perlaksanaan amalan Keselamatan dan Kesihatan yang sempurna adalah keperluan yang amat penting bagi kejayaan yang sepenuhnya.
Dengan ini, pihak JTM bertanggungjawab memastikan para pelajar dan kakitangan memahami serta mematuhi dasar-dasar keselamatan dan kesihatan tanpa memansuhkan dasar-dasar lain yang sedia ada.
KETUA PENGARAH
JABATAN TENAGA MANUSIA