Jabatan/Bengkel

Jabatan Elektrik & Elektronik / Bengkel Penyejukbekuan & Penyamanan Udara

Kod dan nama Program:

B02 - Sijil Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara

Latar belakang:

Program ini diadakan adalah untuk melahirkan pekerja separuh mahir bagi memenuhi keperluan industri dalam bidang kemahiran penyejukbekuan dan penyamanan udara.  Pekerja yang memiliki kemahiran ini diperlukan oleh industri dalam bidang pembuatan makanan berteknologi tinggi, perhotelan, industri makanan sejukbeku, industri teknologi hijau dan industri perkhidmatan atau servis.  Di antara  kemahiran yang perlu dikuasai para pelajar ialah kerja-kerja penyelenggaraan peralatan Ventilation Fan (415V/3 Phase/50Hz), Air Cooled Split Unit (415V/3 Phase/50Hz), Roof Top Package, Water Cooled Package, Small Package – Water Cooled/ Air Cooled Chiller (<100 TR), Air Handling Unit, Water Pump dan Cooling Tower termasuk HVAC Service Supervisor. 

Bagi memastikan pelajar memiliki kemahiran minimum, pecahan pembelajaran adalah terbahagi kepada 30% teori dan 70% amali.  Pencapaian setiap pelajar akan dinilai secara berterusan dan perlu lulus peperiksaan akhir pada setiap hujung semester. Pada semester akhir  pelajar wajib menjalani Latihan Industri selama 3 bulan serta menyediakan  buku log Latihan Industri.

Selain itu, pelajar-pelajar juga diberi peluang mengikuti kursus persediaan peperiksaan bagi sijil kompeten Program Persijilan Juruteknik Bertauliah RACs (CSTP) dan kursus Green Card (CIDB). 

Adalah dimaklumkan program ini telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan menggunakan NOSS ME-021-2:2012 dan ME-020-3:2012.  Selain itu, bengkel adalah sebagai pusat latihan bertauliah daripada Jabatan Alam sekitar.  

Tempoh Latihan:  

27 bulan 

Syarat Am Kemasukan

  1. Tamat Tingkatan 5;
  2. Warganegara Malaysia ;
  3. Berumur di antara 17 -35 tahun; 
  4. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira;
  5. Tidak buta atau buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.  Sila Rujuk Garis Panduan Kemasukan Bagi Calon OKU;

Persijilan 

  1. Sijil Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara -JTM
  2. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 -JPK
  3. CSTP** -JAS

** sijil profesional (pilihan) – yuran kursus ditanggung oleh pelajar