Assalammualaikum dan Salam Malaysia Madani, Ucapan Selamat Datang kepada pengunjung-pengunjung yang melayari Laman Web Rasmi Institut Latihan Perindustrian Miri, Sarawak. Jabatan Tenaga Manusia melalui institut latihannya seperti ILP, ADTEC dan JMTI telah melaksanakan Latihan Teknikal dan Vokasional bagi melahirkan tenaga kerja mahir negara melalui latihan kemahiran diperingkat Sijil, Diploma mahupun Diploma Lanjutan dan juga persijilan professional yang diiktiraf tempatan dan juga antarabangsa. Objektif, visi dan misi yang menjurus kepada latihan kemahiran dan peningkatan tenaga mahir negara, adalah menjadi hasrat utama ILP Miri menjadikan laman web rasmi ini sebagai medium dalam menyampaikan dan menyebarkan segala maklumat mengenai dasar-dasar dan serta program-program yang dijalankan ILP Miri untuk disampaikan terus kepada masyarakat untuk dimaanfaatkan bersama. Di bawah Kerajaan Perpaduan, beberapa proses transformasi akan dilaksanakan termasuklah di dalam penyampaian latihan kemahiran yang lebih progresif dan holistik. Dalam amanat tahun baharu beliau, YAB Perdana Menteri telah menekankan kepentingan dan tanggungjawab semua untuk berusaha meningkatkan keyakinan masyarakat dunia akan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan pembangunan negara. Keseimbangan pembangunan dalam semua aspek termasuk latihan tenaga mahir melalui Dasar TVET Negara perlu dititikberatkan dan suatu penyelesaian itu harus dirangka dengan mempertimbangkan setiap aspek secara lebih holistik dalam menjamin kelestarian pembangunan negara. Sehubungan dengan itu, segala cadangan dan maklum balas tuan-tuan dan puan-puan amatlah diharapkan agar dapat membantu kami memantapkan lagi keberkesanan dalam penyampaian maklumat melalui laman web ini dan ILP Miri amnya dalam membina masyarakat yang berkemahiran dan berdaya saing. Akhir kalam, selamat melayari laman web ini dan terima kasih. Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan. TS MUSTAL BIN MAKMUD |