ILP Miri telah ditubuhkan pada tahun 2003, mula dibina pada tahun 2004 dan mula beroperasi pada 2007. ILP Miri merupakan Institusi Latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). ILP Miri telah dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia ketika itu Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn pada 12 Julai 2007 Masehi bersamaan 27 Jamadilakhir 1428 Hijrah.
ILP Miri telah dibangunkan di kawasan seluas 60 ekar dengan infrastruktur seperti bangunan pentadbiran, bengkel-bengkel latihan, asrama lelaki dan perempuan, surau, dewan serbaguna, dewan kuliah/auditorium, dewan makan, kafeteria, kemudahan sukan dan lain-lain oleh kontraktor utama Naim Cendera Holdings Sdn. Bhd.
Antara senarai pengarah yang pernah berkhidmat adalah :
- Dr. Ramli bin Rashidi
- Dr. Rosnah binti Mohd Tahir
- Dr. Mohd Faizal bin Tokeran