Jabatan/Bengkel |
Jabatan Teknologi Maklumat / Bengkel Teknologi Komputer Rangkaian |
Kod dan nama Program: |
F02 - Sijil Teknologi Komputer Rangkaian |
Latar belakang: |
Program ini disediakan bagi melahirkan pekerja separuh mahir untuk pemasangan, penyelenggaraan dan keselamatan rangkaian dalam bidang komputer rangkaian bagi memenuhi keperluan pekerja industri. Pelajar-pelajar akan dilatih untuk menguasai kemahiran berkaitan Computer Set-up systems, Server Essential, Network Cable Installation, Computer Network setup-up, Computer Network Maintenance, Mobile Device Configuration, Office Application, Wireless Technology, Linux Essential, Fiber Network Cabling, Fundamental of Programming, Computer & Network Security, Ethernet Switching dan Project Management. Bagi memastikan pelajar memiliki kemahiran minimum yang dimaksudkan, institut ini melatih pelajar dengan kaedah pembelajaran berdasarkan 30% teori dan 70% amali. Pencapaian setiap pelajar akan dinilai secara berterusan dan perlu lulus peperiksaan akhir pada setiap hujung semester. Pada semester akhir pelajar wajib menjalani Latihan Industri selama 3 bulan serta menyediakan buku log Latihan Industri. Selain itu, pelajar-pelajar juga diberi peluang mengikuti Kursus Persediaan Peperiksaan bagi sijil kompeten CISCO IT Essential, External Fiber Optic Cable (CA2C), Niosh TM Safety Passport ( NTMSP), kursus Green Card (CIDB) jika mereka berminat. Program ini turut mendapatkan Pentaulihan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk menjalankan kursus Sepenuh Masa menggunakan NOSS IT-030-3:2013 Perkhidmatan Rangkaian Komputer. |
Tempoh Latihan: |
21 Bulan |
Syarat Am Kemasukan |
|
Persijilan |
** sijil profesional (pilihan) – yuran kursus ditanggung oleh pelajar |
F02 - Sijil Teknologi Komputer Rangkaian
- Butiran