Jabatan/Bengkel |
Jabatan Teknologi Maklumat/ Bengkel Telekomunikasi |
Kod dan nama Program: |
L03 - Diploma Teknologi Telekomunikasi |
Latar belakang: |
Program ini disediakan bagi melahirkan pekerja mahir dalam bidang telekomunikasi bagi memenuhi permintaan tenaga kerja di industri yang melibatkan skop kerja fiber optik, antena dan wireless communication. Pelajar-pelajar akan diajar dan dilatih agar mahir melaksanakan tugas -tugas Transmission Equipment End-Point Testing & Commisioning, Transmission Equipment End-End Testing & Commisioning, Transmission Project Administration, High End Equipment Installation & Maintenance, Network Administration and Management System (NMS) Provisioning & Monitoring and Electrical & Electronic. Bagi memastikan pelajar memiliki kemahiran minimum yang dimaksudkan, institut ini melatih pelajar dengan kaedah pembelajaran berdasarkan 40% teori dan 60% amali. Pencapaian setiap pelajar akan dinilai secara berterusan dan perlu lulus peperiksaan akhir pada setiap hujung semester. Di akhir pengajian, pelajar wajib mencipta satu projek dan menyiapkan laporan yang perlu dibentangkan sebelum pelajar menjalani Latihan Industri selama 6 bulan. Selain itu, pelajar-pelajar juga diberi peluang mengikuti Kursus Persediaan Peperiksaan bagi sijil kompeten TM Net, Internal Fiber Optic Cable (CA1C), External Fiber Optic Cable (CA2C), Internal Copper Cable (CA1A) dan External Copper Cable (CA2A) jika mereka berminat. Program ini turut mendapatkan Pentaulihan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk menjalankan kursus Sepenuh Masa menggunakan NOSS EE-321-4:2012 |
Tempoh Latihan: |
18 Bulan |
Syarat Am Kemasukan |
|
Persijilan |
|
L03 - Diploma Teknologi Telekomunikasi
- Butiran