F02 - Teknologi Komputer Rangkaian

Jabatan/Bengkel

Jabatan Teknologi Maklumat / Bengkel Teknologi Komputer Rangkaian

Kod dan nama Program:

F02 - Sijil Teknologi Komputer Rangkaian

Latar belakang:

Program ini disediakan bagi melahirkan pekerja separuh mahir untuk  pemasangan, penyelenggaraan dan keselamatan rangkaian dalam bidang komputer rangkaian bagi memenuhi keperluan pekerja industri.  Pelajar-pelajar akan dilatih untuk menguasai kemahiran berkaitan Computer Set-up systems, Server Essential, Network Cable Installation, Computer Network setup-up, Computer Network Maintenance, Mobile Device Configuration, Office Application, Wireless Technology, Linux Essential, Fiber Network Cabling, Fundamental of Programming, Computer & Network Security, Ethernet Switching dan Project Management.

Bagi memastikan pelajar memiliki kemahiran minimum yang dimaksudkan, institut ini melatih pelajar dengan kaedah pembelajaran berdasarkan 30% teori dan 70% amali.  Pencapaian setiap pelajar akan dinilai secara berterusan dan perlu lulus peperiksaan akhir pada setiap hujung semester. Pada semester akhir  pelajar wajib menjalani Latihan Industri selama 3 bulan serta menyediakan  buku log Latihan Industri.

Selain itu, pelajar-pelajar juga diberi peluang mengikuti Kursus Persediaan Peperiksaan bagi sijil kompeten CISCO IT Essential, External Fiber Optic Cable (CA2C), Niosh TM Safety Passport ( NTMSP), kursus Green Card (CIDB)  jika mereka berminat. 

Program ini turut mendapatkan Pentaulihan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk menjalankan kursus Sepenuh Masa menggunakan NOSS IT-030-3:2013 Perkhidmatan Rangkaian Komputer.

Tempoh Latihan:  

21 Bulan 

Syarat Am Kemasukan

  1. Tamat Tingkatan 5;
  2. Warganegara Malaysia ;
  3. Berumur di antara 17 -35 tahun; 
  4. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira;
  5. Tidak buta atau buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.  Sila Rujuk Garis Panduan Kemasukan Bagi Calon OKU.

Persijilan 

  1. Sijil Teknologi Komputer Rangkaian
  2. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
  3. CISCO IT ESSENTIAL**
  4. CA2C**
  5. TM Safety Passport (NTMSP) **

** sijil profesional (pilihan) – yuran kursus ditanggung oleh pelajar

jims_190525_v2
EKSA_Miri
Hari_belia
WhatsApp Image 2025-01-15 at 7.17.07 PM.jpeg
previous arrow
next arrow
NTW7
NTW4
NTW3
NTW6
NTW2
NTW5
NTW14
NTW15
previous arrow
next arrow
NTW8
NTW16
NTW17
NTW1
previous arrow
next arrow
NTW9
NTW10
NTW12
NTW11
previous arrow
next arrow
No module Published on Offcanvas position