G02 - Diploma Teknologi Komputer Rangkaian

Jabatan/Bengkel

Jabatan Teknologi Maklumat / Bengkel Teknologi Komputer Rangkaian

Kod dan nama Program:

G02 - Diploma Teknologi Komputer Rangkaian

Latar belakang:

Program ini disediakan bagi melahirkan pekerja mahir dalam bidang komputer rangkaian bagi memenuhi permintaan tenaga kerja di industri.  Program ini adalah pengurusan rangkaian dan penyelenggaraan rangkaian serta pelayan di mana pelajar-pelajar akan diajar dan dilatih supaya mahir  berkaitan Server Configuration, Server Maintenance Administration, Computer Network Security Deployment, Computer Network Maintenance Management, Computer System & Network Procurement, Router And Routing Configuration, Open Source Administration, Wan Technology dan Open Source Administration.

Bagi memastikan pelajar memiliki kemahiran minimum yang dimaksudkan, institut ini melatih pelajar dengan kaedah pembelajaran berdasarkan 40% teori dan 60% amali.  Pencapaian setiap pelajar akan dinilai secara berterusan dan perlu lulus peperiksaan akhir pada setiap hujung semester. Di akhir pengajian, pelajar wajib mencipta satu projek dan menyiapkan laporan yang perlu dibentangkan sebelum pelajar menjalani Latihan Industri selama 6 bulan.

Selain itu, pelajar-pelajar juga diberi peluang mengikuti Kursus Persediaan Peperiksaan bagi sijil kompeten CISCO Packet Tracer, External Fiber Optic Cable (CA2C), Niosh TM Safety Passport ( NTMSP)  jika mereka berminat.

Program ini turut mendapatkan Pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk menjalankan kursus Sepenuh Masa menggunakan NOSS IT-030-4:2013 Pentadbiran Rangkaian  Komputer.

Tempoh Latihan:  

18 Bulan 

Syarat Am Kemasukan

  1. Warganegara Malaysia 
  2. Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang berikut: 
    1. IT-030-3/D-051-3/D-050-3: Juruteknik Rangkaian Komputer; atau 
    2. IT-030-3:2013: Perkhidmatan Rangkaian Komputer;
  3. Berumur tidak melebihi 35 tahun;
  4. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan;
  5. Tidak buta atau buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. Sila Rujuk Garis Panduan Kemasukan Bagi Calon OKU.

Persijilan 

  1. Diploma Teknologi Komputer Rangkaian-JTM
  2. Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4-JPK
  3. CISCO Packet Tracer**
  4. CA2C**
  5. TM Safety Passport (NTMSP) **

** sijil profesional (pilihan) – yuran kursus ditanggung oleh pelajar.

jims_190525_v2
EKSA_Miri
Hari_belia
WhatsApp Image 2025-01-15 at 7.17.07 PM.jpeg
previous arrow
next arrow
NTW7
NTW4
NTW3
NTW6
NTW2
NTW5
NTW14
NTW15
previous arrow
next arrow
NTW8
NTW16
NTW17
NTW1
previous arrow
next arrow
NTW9
NTW10
NTW12
NTW11
previous arrow
next arrow
No module Published on Offcanvas position